Usahawan boleh mendaftar enterprise online melalui portal SSM EZBIZ. Setakat ini hampir 7 juta perniagaan telah didaftarkan dengan enterprise.
KEPENTINGAN DAFTAR SSM EZBIZ
Secara amnya, ianya adalah satu kewajipan untuk para usahawan mendaftar enterprise sekiranya ingin berniaga di Malaysia. Perniagaan ini termasuklah secara sampingan atau serius, online atau offline, berniaga produk atau servis dan segala jenis aktiviti yang mendatangkan keuntungan kepada anda.
Pendaftaran perlu dilakukan dalam masa 30 hari dari permulaan perniagaan. Kegagalan berbuat demikian, anda boleh dikenakan hukuman penalti tidak lebih dari RM50,000 atau penjara tidak lebih dari 2 tahun atau kedua-duanya. (SSM)
DUA LANGKAH MENDAFTAR MELALUI SSM EZBIZ
LANGKAH 1: PENDAFTARAN PENGGUNA MELALUI SSM EZBIZ – UPDATE PKP
- Pengguna baru dikehendaki membuat pendaftaran sebagai pengguna di Portal ezbiz online. Sila lawati SSM EZBIZ untuk mendaftar. Gunakan e-mel yang aktif dan sah untuk mendaftar ssm enterprise.
- Selepas mendaftar, sila pergi ke mana-mana kaunter SSM yang terdekat dengan membawa kad pengenalan dan notifikasi yang diterima daripada e-mel penggunaSila lakukan pengaktifan ID dengan membuat pengesahan cap jari (biometrik) bagi tujuan keselamatan maklumat. Ianya bagi mengesahkan pemilik sebenar dalam mengelakkan sebarang penipuan dalam daftar pemilik perniagaan. Pengaktifan hanya perlu dibuat sekali seumur hidupSetelah selesai segala urusan, anda boleh menggunakan ezbiz online untuk pendaftaran dan pembaharuan perniagaan secara online.
- UPDATE PKP – Pengguna baru tidak lagi perlu ke kaunter secara fizikal bagi pengaktifan akaun. Pengguna boleh mengaktifkan secara online melalui portal SSM EZBIZ.
1) Pilih User Profile dan User Verification Request
2) Upload salinan kad pengenalan depan dan belakang
3) Upload gambar yang jelas dengan pemohon memegang kad pengenalan di paras leher
4) Kemukakan salah satu dokumen rasmi seperti lesen memandu / Passport / Sijil lahir / bil. utiliti atau dokumen rasmi atas nama sendiri
LANGKAH DUA: PENDAFTARAN SYARIKAT MELALUI SSM EZBIZ
- Pilih tab NEW BUSINESS di bawah sub menu NEW BUSINESS REGISTRATION.
- Isikan maklumat perniagaan melalui Borang Pendaftaran Perniagaan Baru (Borang A) dengan mengisi maklumat seperti berikut:
a) Nama perniagaan
b) Tarikh permulaan perniagaan
c) Alamat utama perniagaan
d) Alamat cawangan perniagaan (jika ada)
e) Maklumat pemilik dan rakan kongsi
f) Jenis perniagaan yang akan dijalankan
g) Kemukakan salinan perjanjian perkongsian (jika ada) - Buat pembayaran bagi pendaftaran enterprise SSM.
- Anda akan mendapat notifikasi pengesahan dari SSM sekiranya berjaya. Sekiranya pembetulan atau penambahan maklumat diperlukan, anda boleh ‘update’ di langkah 2
- Sijil Pendaftaran Perniagaan akan diperolehi dalam masa satu jam selepas selesai pembayaran.
TUTORIAL YOUTUBE PENDAFTARAN SSM EZBIZ
KOS DAFTAR SSM EZBIZ
Berikut adalah kos pendaftaran perniagaan enterprise ssm atau milikan tunggal selama setahun;
A .Perniagaan pemilikan tunggal menggunakan nama sendiri seperti di kad pengenalan – RM30.00.
B .perniagaan pemilikan tunggal atau perniagaan perkongsian menggunakan nama tred – RM60.00.
C. Pendaftaran cawangan – RM5.00 setiap cawangan.
PEMBAHARUAN LESEN ENTERPRISE MELALUI SSM EZBIZ
Pembaharuan lesen enterprise hendaklah dilakukan sebelum dari tarikh enterprise tamat atau 12 bulan dari tarikh lesen enterprise tamat. Contohnya Abu menubuhkan Abu Enterprise pada 31/12/2019. Abu perlu memperbaharui enterprise itu pada tahun berikutnya selewat-lewatnya pada 31/12/2020.
Pembaharuan lesen enterprise SSM boleh dilakukan secara online di SSM EZBIZ atau di pejabat SSM
Pembaharuan lesen SSM boleh dilakukan dalam tempoh 1 tahun dari tarikh akhir enterpise SSM. Sekiranya ia tidak diperbaharui ianya akan ditamatkan secara automatik oleh SSM. Sambungan contoh Abu diatas, Abu tidak membayar yuran pembaharuan SSM pada 31/12/2020. Secara automatik pendaftaran SSM Abu enterprise dibatalkan pada 1/1/2021. (SSM)
KELEBIHAN DAFTAR ENTERPISE SSM EZBIZ
Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise melalui daftar SSM, anda akan mendapat kelebihan berikut:
- Mudah, murah dan cepat untuk ditubuhkan
Ianya siap dalam masa 1 jam. Berbanding dengan syarikat, 5-7 hari diperlukan untuk penubuhan. Selain itu, kos enterprise juga lebih murah. Hanya RM 70 diperlukan berbanding kos penubuhan syarikat sdn bhd yang mencecah ribuan ringgit. - Diyakini dan ada kredibiliti
Sdn Bhd adalah entiti yang paling sesuai untuk memajukan bisnes. Pihak bank dan pembekal lebih suka berurusan dengan perniagaan berstatus sdn bhd. - Boleh buka akaun bank semasa
Satu akaun khas boleh dibuka bagi tujuan perniagaan. Ini memudahkan operasi dan pengurusan - Kos pengurusan yang rendah
Berbanding syarikat Sdn Bhd, enterprise tidak memerlukan annual submission dan audit. Jadi ini dapat menjimatkan kos pengurusan operasi.
Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kelebihan Enterprise
KEKURANGAN DAFTAR ENTERPISE SSM EZBIZ
Sekiranya anda mendaftar entiti enterprise, berikut adalah beberapa kekurangan entiti perniagaan enterprise SSM
- Liabiliti tidak terhad
Anda boleh kehilangan kesemua harta yang didaftar dibawah nama anda. Hal ini termasuk rumah dan kereta anda. - Tidak boleh diwarisi
Enterprise tidak boleh diwarisi kerana pemilikan tidak boleh dipindah milik. Enterprise anda akan dibubar pada hari kematian anda. - Kurang kredibiliti berbanding Sdn Bhd
Enterprise hanyalah untuk permulaan. Entiti syarikat sdn bhd menunjukkan usahawan itu komited dan bersungguh-sungguh memajukan perniagaan - Kadar cukai yang tinggi.
Keuntungan enterprise boleh dikenakan sehingga 28% berbanding sdn bhd bermula serendah 18%.
Maklumat lanjut kelebihan daftar enterprise SSM boleh didapati pada artikel ini: Kelebihan Enterprise
PENGURUSAN PERNIAGAAN ENTERPRISE
Berikut adalah langkah-langkah yang perlu ada lakukan apabila anda telah mendaftar enterprise melalui SSM EZBIZ:
- Rekod duit keluar masuk. Jangan biarkan transaksi perniagaan anda kucar-kacir. Rekod perniagaan ini penting untuk urusan cukai, audit ataupun pinjaman bank
- Pastikan perniagaan anda menggunakan akaun bank khas ataupun akaun semasa. Jangan campurkan dengan akaun peribadi anda. Segala transaksi hendaklah menggunakan akaun bank khas ini
- Asingkan perbelanjaan peribadi dan perbelanjaan bisnes. Duit bisnes adalah untuk kegunaan bisnes. Pemilik bisnes perlulah mengambil gaji bagi keperluan peribadi.