Snd Bhd adalah entiti yang popular dalam menjalankan bisnes. Berikut adalah cara daftar sdn bhd yang patut anda tahu
Peringkat Pertama Cara Daftar Sdn Bhd
Permohonan mencari nama Syarikat – Kelulusan nama perlu diperolehi daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebelum proses-proses lain dijalankan. Nama yang dicadangkan haruslah:
a. Tidak digunakan oleh Syarikat lain atau hampir menyerupai
b. Tidak bersifat keterlaluan dan ekstrim
c. Tidak boleh menggunkan nama yang telah dikawal oleh kerajaan seperti Putra, Mas, Nama Negeri-negeri dan sebagainya.
Pada ketika ini , bilangan jumlah Pendaftaran Syarikat Sdn Bhd dan Berhad telah mencapai angka 1.2 juta. Oleh yang demikian banyak nama Syarikat Sdn Bhd telah digunapakai.
Tips dan Panduan Nama Syarikat Baru:
a. Mencari nama Syarikat yang jarang digunapakai.
b.Digalakan agar menggunakan lebih 2 patah perkataan seperti CINTA ANGGUN RESOURCES SDN. BHD. Peluang menggunakan nama yang lebih 2 patah perkataan adalah amat cerah.
c. Sekiranya menggunakan nama yang agak pelik, penerangan atas nama diperlukan. Sebagai contoh : KAJA GROUP PROPERTIES SDN. BHD. (KAJA = KAMAL dan JAMAL)d. Boleh juga menggunakan Bahasa asing tetapi kita perlu mendefinasikan kedalam Bahasa Malaysia atau Bahasa English.Sebagai contoh : Kappa Sigma … bermaksud didalam Bahasa Greek :Kappa = K dan Sigma = S).
Peringkat Kedua Cara Daftar Sdn Bhd
Selepas nama baru diluluskan oleh SSM, maka perlulah disediakan Borang dan Dokumen sebelum pengeluaran Borang 15 (Notis Penubuhan Syarikat). Tempoh maksimun 3 bulan diberikan oleh SSM bagi melengkapkan dan menyerahsimpan borang dan dokumen berkaitan. Antaranya adalah:
- Aktiviti Utama Syarikat. Penyenaraian 3 aktiviti utama Syarikat.
- Jumlah Pengangan Saham
- Nama Permulaan Pemegang Saham, Para Pengarah dan Setiausaha Syarikat Bagi Syarikat Dihadkan dengan Saham akan menyatakan akan Sekatan terhadap Jualan Saham, Ahli yang tidak melebihi 50 orang dsb.b.
- Borang Perlantikkan Pengarah. Merupakan borang bagi pengistiharan Pengarah atau Pemegang Saham.
Peringkat Terakhir Cara Daftar Sdn Bhd
Selepas kesemua borang dan dokumen diproses dan telah diluluskan oleh SSM, maka Notis Pendaftaran Syarikat iaitu Borang 15 dikeluarkan yang kebiasaanya mengambil masa 1 atau 2 hari. Susulan dari pengeluaran Sijil Penubuhan Syarikat, maka dokumen-dokumen seperti dibawah perlu diserah simpan kepada pihak SSM.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan cara daftar sdn bhd, anda boleh lawati web berikut: E-Daftar Sdn Bhd
KELEBIHAN DAFTAR SDN BHD
SDN BHD ATAU BERHAD LIABILITI TERHAD: Menurut perundangan, syarikat sdn bhd atau berhad merupakan sejenis perniagaan berhad dengan modal saham. Dengan erti kata lain, sekiranya berlaku penutupan perniagaan disebabkan muflis, pemilik dan aset mereka akan terselamat. Yang disita hanyalah harta benda syarikat sahaja.
KESINAMBUNGAN BERTERUSAN: Pemilikan dalam syarikat sdn bhd atau berhad diwakili dengan jumlah pegangan seseorang individu terhadap saham sesebuah syarikat tersebut. Saham yang dipegang seseorang pemilik itu boleh dipindah milik pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu, syarikat tidak sesekali akan terjejas walau dengan kematian mana-mana seorang dari pemiliknya pada masa kematian mereka.
KREDEBILITI BERTAMBAH: Pada asasnya syarikat sdn bhd atau berhad ditubuhkan dengan sejumlah kos yang lebih tinggi dari enterprise. Syarikat juga diwajibkan melantik syarikat setiausaha dan auditor professional untuk membantu mereka menjalankan tanggungjawab mereka dengan baik sebagaimana yang dikehendaki oleh Akta. Laporan kewangan dan tahunan mereka juga setiap tahun diwajibkan untuk difailkan ke SSM. Ini membuatkan kredibiliti syarikat sdn bhd atau berhad lebih tinggi dan diyakini oleh pihak ketiga yang ingin berurusan dengan mereka. MENDAPAT
PELBAGAI INSENTIF PENGECUALIAN CUKAI: Pengecualian cukai merupakan diantara kelebihan yang besar diperolehi oleh syarikat sdn bhd atau berhad. Pelbagai insentif pengecualian cukai dinikmati mereka dengan tujuan untuk merancakkan lagi ekonomi negara