DAFTAR SDN BHD UNTUK UPGRADE ENTERPRISE
Daftar Sdn Bhd adalah perkara yang ingin dilakukan oleh kebanyakan usahawan setelah bisnes enterprise semakin stabil dan berkembang. Ini adalah proses perkembangan yang sihat kerana pemilik telah menyediakan asas yang kukuh sebelum daftar sdn bhd.
Dalam bisnes, pemilik boleh memilih untuk daftar enterprise atau daftar sdn bhd bagi memulakan perniagaan. Malah, walaupun bisnes online atau kecil-kecilan, pemilik perlu sekurang-kurangnya daftar enterprise. dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956. Sekiranya perniagaa, tindakan undang-undang akan dikenakan.
Seseorang yang menjalankan perniagaan tanpa mendaftarkan perniagaan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Akta 197) dan jika disabit kesalahan dikenakan denda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau kedua-duanya.
3 LANGKAH MUDAH DAFTAR SDN BHD
Langkah Daftar Sdn Bhd 1: Lantik Setiausaha Syarikat Untuk Daftar Sdn Bhd
Proses Daftar Sdn bhd akan menjadi lebih mudah apabila melalui setiausaha syarikat. Setiausaha syarikat sdn bhd adalah seorang yang berlesen & mempunyai pengalaman yang luas dalam menjalankan tugas-tugas pematuhan akta syarikat. Mereka akan menerangkan secara jelas dari proses daftar sdn bhd sehingga mengurus syarikat sdn bhd.
Anda tidak lagi perlu pening kerana semuanya diuruskan oleh setiausaha syarikat sdn bhd. Sebarang persoalan anda mengenai daftar syarikat sdn bhd akan dijawab. Anda juga boleh mengelakkan kesalahan dalam pendaftaran syarikat sdn bhd yang boleh merugikan masa anda atau kerugian beribu ringgit.
Langkah Daftar Sdn Bhd 2: Sediakan Maklumat Daftar Sdn Bhd
Apabila anda ingin daftar Sdn Bhd, anda perlu memberikan beberapa maklumat penting kepada setiausaha syarikat sdn bhd.
Pertama anda perlu berikan nama syarikat sdn bhd. Pastikan nama itu adalah unik dan jelas merujuk kepada bisnes anda. Elakkan guna perkataan khusus seperti ‘persekutuan, sultan, Malaysia kerana perkataan ini adalah dilarang. Elakkan juga mencampur pelbagai bahasa dalam satu nama.
Baca panduan nama syarikat unik di artikel ini
Kedua, anda perlu berikan maklumat berkaitan bisnes seperti aktiviti utama bisnes alamat operasi, email dan no telefon. Setiausaha syarikat sdn bhd akan membantu anda dalam memilih kod bidang daftar sdn bhd yang bersesuian.
Ketiga, berikan maklumat berkaitan pengarah. Pengarah adalah individu yang menjalankan operasi syarikat. Untuk dilantik sebagai pengarah, seseorng itu perlulah berumur 18 tahun keatas dan tidak bankrap.
Keempat berikat maklumat berkaitan pemegang saham. Pemegang saham adalah pemilik syarikat sdn bhd. Namun mereka tidak menjalankan operasi secara lansung, sebaliknya menyerahkan tanggungjawab ini kepada pengarah yang dilantik. Pemegang saham boleh melantik dah memecat pengarah melalui mesyuarat agung.
Langkah Daftar Sdn Bhd 3: Mulakan Proses Daftar Sdn Bhd
Setelah semua maklumat daftar sdn bhd diberikan kepada setiausaha syarikat sdn bhd, proses daftar sdn bhd dengan SSM boleh dimulakan. Kebiasaanya, proses pendaftaran mengambil 3-5 hari berkerja.
UPGRADE ENTERPRISE KE SDN BHD UNTUK 5 KELEBIHAN BERIKUT
Enterprise sememangnya pilihan yang lebih mudah dan murah untuk memulakan bisnes. Walaubagaimanpun, ia bukanlah pilihan yang terbaik untuk anda terus berkembang dan pergi lebih jauh dalam bisnes anda. Dengan daftar Sdn Bhd, anda akan mendapat lebih nilai seperti dibawah ini:
Baca cara daftar enterprise di artikel ini
1. Krediliti yang kukuh
Pihak supplier, bank, kerajaan dan perniagaan lain lebih memandang tinggi terhadap syarikat sdn bhd berbanding entiti lain seperti milikan tunggal atau perkongsian. Dengan ini, bisnes lebih mudah untuk mendapatkan pinjaman, memasuki tender kerajaan atau mendapatkan supplier yang berkualiti.
2. Liabiliti Terhad
Pemilik syarikat hanya akan rugi setakat modal yang dilaburkan ke atas syarikat. Aset lain yang tidak didaftarkan di atas nama syarikat tidak akan terjejas sekiranya syarikat diisyhtihar muflis.
3. Kesinambungan
Sekiranya terjadi sesuatu ke atas pemilik syarikat, pegangan saham boleh dijual atau ditukarkepada pemilik baru dan ini memastikan operasi syarikat berterusan. Syarikat tidak perlu dibubar seperti entiti milikan tunggal dan masalah perwarisan boleh dielakkan.
4. Potensi Perniagaan
Syarikat sendirian berhad mempunyai potensi lebih besar untuk berkembang berbanding dengan syarikat milikan tunggal. Pihak luar lebih mempercayai dengan adanya laporan audit dan boleh menambah modal pelaburan.
5 Kadar cukai yang rendah.
Kadar cukai syarikat adalah lebih rendah berbanding dengan cukai individu. Malah, perancangan cukai boleh dilakukan secara sah bagi mengurangkan cukai yang dibayar.
Baca 10 kelebihan Sdn Bhd di artikel ini
TINGKATKAN PROFIL SYARIKAT ANDA DENGAN LESEN KEWANGAN MOF
Syarikat sdn bhd anda boleh menjalankan bisnes dengan kerajaan Malaysia apabila anda mempunyai lesen kewangan MOF. Kelebihan mempunyai lesen kewangan MOF:
1. Mempunyai akses kepada tender-tender kerajaan yang bernilai tinggi
2. Kerajaan merupakan ‘pay master’ yang baik
3. Lebih dipercayai dan mempunyai kredibiliti yang tinggi
Baca panduan daftar MOF di artikel ini
DAFTAR CIDB SYARIKAT BAGI POTENSI BISNES INDUSTRI PEMBINAAN
Adalah mandatori untuk semua kontraktor samada tempatan atau asing untuk berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau CIDB dibawah Seksyen 25 Akta 520 (Pindaan 2011) sebelum mengakujanji dan menyempurnakan apa-apa kerja pembinaan di Malaysia kecuali mereka yang diberi pengecualian di bawah Seksyen 40(1) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520).
Baca panduan daftar CIDB di artikel ini
10 TAWARAN HEBAT PAKEJ PROMOSI DAFTAR SDN BHD
Klik sini untuk dapatkan 10 tawaran promosi Daftar Sdn bhd
FRAZ CORPORATE SERVICES: ONE STOP CENTRE BAGI SYARIKAT ANDA
Merupakan sebuah firma setiausaha bumiputera yang berpengalaman luas dalam membantu ratusan usahawan dalam mendaftar dan menguruskan syarikat sdn bhd. Pihak kami juga menyediakan servis barikut
- Promosi daftar syarikat sdn bhd RM 1498
- Pengurusan akaun bulanan dan tahunan
- Pendaftaran MOF/Lesen Kewangan
- Pendaftaran CIDB